Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Artikel

Mampukah Proton Mengekalkan Harga.?

Proton Holding Berhad memberi jaminan untuk mengekalkan harga biarpun menghadapi peningkatan kos import bahan mentah akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pengeluar kereta nasional perlu menjual pada harga yang telah ditetapkan kerajaan walaupun akibat kos import bahan mentah telah meningkat dan pihak Proton masih cuba untuk mengekalkan harga. Buat masa ini, Porotn sedang merancang untuk mengeksport Proton Iriz (Berkuasa Elektrik) ke pasaran Eropah yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300km untuk setiap pengecasan, Menurut Tun juga, semua keluaran Proton di masa hadapan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5. Proton kini berazam untuk merubah persepsi orang ramai mengenai Proton mengeluarkan kereta berkualiti rendah sejak 30tahun Proton diwujudkan dimana Proton kini telah mampu mengeluarkan kereta Elektrik yang menepati piawaian antarabangsa dimana sebelum ini Proton memulakan operasinya hanya menghasilkan kereta mekanikal. "Pro...

Harga Kereta Dijangka Naik?

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan perbincangan bersama-sama syarikat pengeluar kereta di Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu termasuk isu kenaikan harga kereta di negara ini. Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kejatuhan ringgit pada masa kini telah memberi impak kepada industri otomotif dan pertemuan secara berkala akan diadakan. Datuk Seri juga menyatakan pihak MITI akan memantau perkara ini dan industri otomotif ketika ini sedang berhadapan situasi yang mencabar dengan syarikat yang mengimport  mendapat kesan akibat kejatuhan nilai ringgit, bagaimanapun syarikat yang mengeksport pula mendapat manfaat. "Kita akan kumpul dan gabungkan data hasil daripada pertemuan dengan syarikat pengeluar tidak lama lagi. Kerajaan akan membuat penilaian bagi memastikan industri otomotif tempatan kekal berdaya saing", katanya. SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE Be...