Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan perbincangan bersama-sama syarikat pengeluar kereta di Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu termasuk isu kenaikan harga kereta di negara ini.
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kejatuhan ringgit pada masa kini telah memberi impak kepada industri otomotif dan pertemuan secara berkala akan diadakan. Datuk Seri juga menyatakan pihak MITI akan memantau perkara ini dan industri otomotif ketika ini sedang berhadapan situasi yang mencabar dengan syarikat yang mengimport mendapat kesan akibat kejatuhan nilai ringgit, bagaimanapun syarikat yang mengeksport pula mendapat manfaat.
"Kita akan kumpul dan gabungkan data hasil daripada pertemuan dengan syarikat pengeluar tidak lama lagi. Kerajaan akan membuat penilaian bagi memastikan industri otomotif tempatan kekal berdaya saing", katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
(Klik disini untuk menghubungi kami)

Ulasan
Catat Ulasan