Proton Holding Berhad memberi jaminan untuk mengekalkan harga biarpun menghadapi peningkatan kos import bahan mentah akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pengeluar kereta nasional perlu menjual pada harga yang telah ditetapkan kerajaan walaupun akibat kos import bahan mentah telah meningkat dan pihak Proton masih cuba untuk mengekalkan harga.
Buat masa ini, Porotn sedang merancang untuk mengeksport Proton Iriz (Berkuasa Elektrik) ke pasaran Eropah yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300km untuk setiap pengecasan, Menurut Tun juga, semua keluaran Proton di masa hadapan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5.
Proton kini berazam untuk merubah persepsi orang ramai mengenai Proton mengeluarkan kereta berkualiti rendah sejak 30tahun Proton diwujudkan dimana Proton kini telah mampu mengeluarkan kereta Elektrik yang menepati piawaian antarabangsa dimana sebelum ini Proton memulakan operasinya hanya menghasilkan kereta mekanikal.
"Proton kini dilihat sebagai pemangkin bagi mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia" - Tun Dr Mahathir Mohamad.
SUMBER ; BERITA HARIAN ONLINE

Ulasan
Catat Ulasan