Penjagaan Semasa Kereta Tidak Bergerak 1) Periksa Minyak Brek Pastikan paras minyak brek tidak berada di bawah paras minimum, sekiranya sudah melebihi, jangan sesekali memandu demi keselamatan. 2) Periksa Ketebalan Brek Pad Pastikan Brek Pad masih tebal dan sekiranya Brek Pad tidak sama haus diantara kira dan kanan brek, sila rujuk bengkel untuk memeriksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana ianya merbahaya apa membrek semasa kelajuan yang tinggi. Brek Pad bagi kereta transmisi auto lebih cepat haus dan perlu lebih kerap diperiksa. 3) Periksa Sebarang Lelehan Minyak Sekiranya terdapat lelehan, rujuk mekanik segera kerana kebocoran yang kecil boleh menjadi besar kerana brek melibatkan tekanan. Penjagaan Semasa Kereta Bergerak 1) Menjaga Jarak Kenderaan Hadapan Menjaga jarak dapat mengurangkan penggunaan brek terutama di atas highway. Penggunaan brek pada kelajuan tinggi boleh menyebabkan Brek Pad cepat...
Proton Holding Berhad memberi jaminan untuk mengekalkan harga biarpun menghadapi peningkatan kos import bahan mentah akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pengeluar kereta nasional perlu menjual pada harga yang telah ditetapkan kerajaan walaupun akibat kos import bahan mentah telah meningkat dan pihak Proton masih cuba untuk mengekalkan harga. Buat masa ini, Porotn sedang merancang untuk mengeksport Proton Iriz (Berkuasa Elektrik) ke pasaran Eropah yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300km untuk setiap pengecasan, Menurut Tun juga, semua keluaran Proton di masa hadapan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5. Proton kini berazam untuk merubah persepsi orang ramai mengenai Proton mengeluarkan kereta berkualiti rendah sejak 30tahun Proton diwujudkan dimana Proton kini telah mampu mengeluarkan kereta Elektrik yang menepati piawaian antarabangsa dimana sebelum ini Proton memulakan operasinya hanya menghasilkan kereta mekanikal. "Pro...