Langkau ke kandungan utama

Penjagaan Brek Pad dan Bila Perlu Ditukar



Penjagaan Semasa Kereta Tidak Bergerak

1)  Periksa Minyak Brek

  • Pastikan paras minyak brek tidak berada di bawah paras minimum, sekiranya sudah melebihi, jangan sesekali memandu demi keselamatan.


2)  Periksa Ketebalan Brek Pad


  • Pastikan Brek Pad masih tebal dan sekiranya Brek Pad tidak sama haus diantara kira dan kanan brek, sila rujuk bengkel untuk memeriksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana ianya merbahaya apa membrek semasa kelajuan yang tinggi.
  • Brek Pad bagi kereta transmisi auto lebih cepat haus dan perlu lebih kerap diperiksa.
3)  Periksa Sebarang Lelehan Minyak
  • Sekiranya terdapat lelehan, rujuk mekanik segera kerana kebocoran yang kecil boleh menjadi besar kerana brek melibatkan tekanan.

Penjagaan Semasa Kereta Bergerak

1)  Menjaga Jarak Kenderaan Hadapan
  • Menjaga jarak dapat mengurangkan penggunaan brek terutama di atas highway. Penggunaan brek pada kelajuan tinggi boleh menyebabkan Brek Pad cepat haus dan hangit.
2)  Apabila Tiba di Lampu Trafik (Merah)
  • Perlahankan kenderaan dahulu sebelum tiba di lampu trafik dan apabila tiba tekan brek dengan tidak secara mendadak.
3)  Apabila Menuruni Bukit
  • Elakkan mengguna brek terlalu kerap dan ditekan terlalu lama kerana boleh menyebabkan brek menjadi hangit. Sebaiknya gunakan gear rendah dengan mengawal kelajuan dan tekan brek secara sedikit-sedikit dengan memainkan brek. Hal ini penting terutama sekali bagi pengguna trasnsmisi auto.
Bila Brek Pad Perlu Ditukar.?

1)  Dengar
  • Bunyi halus dari arah tayar setiap kali brek ditekan menandakan brek sudah perlu diperiksa dan tukar apabila sudah haus.
  • Sekiranya baru ditukar, berkemungkinan bunyi itu akibat material dan kualiti Brek Pad yang digunakan.
2)  Lihat

  • Bunyi yang dikeluarkan menandakan Brek Pad sudah haus kerana Brek Pad mempunyai penanda untuk memberitahu sudah sampai masanya perlu ditukar.
  • Terdapat garisan pada Brek Disk.
3)  Rasa
  • Apabila pedal brek ditekan, terasa lembut atau sudah terlalu dalam menandakan sesuatu yang tidak kena. Ini menandakan Brek Pad sudah haus atau terdapat kebocoran dalam sistem hidrolik.

SUMBER : http://utuhpaloi.com/ & https://autoserviceandparts.wordpress.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mampukah Proton Mengekalkan Harga.?

Proton Holding Berhad memberi jaminan untuk mengekalkan harga biarpun menghadapi peningkatan kos import bahan mentah akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pengeluar kereta nasional perlu menjual pada harga yang telah ditetapkan kerajaan walaupun akibat kos import bahan mentah telah meningkat dan pihak Proton masih cuba untuk mengekalkan harga. Buat masa ini, Porotn sedang merancang untuk mengeksport Proton Iriz (Berkuasa Elektrik) ke pasaran Eropah yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300km untuk setiap pengecasan, Menurut Tun juga, semua keluaran Proton di masa hadapan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5. Proton kini berazam untuk merubah persepsi orang ramai mengenai Proton mengeluarkan kereta berkualiti rendah sejak 30tahun Proton diwujudkan dimana Proton kini telah mampu mengeluarkan kereta Elektrik yang menepati piawaian antarabangsa dimana sebelum ini Proton memulakan operasinya hanya menghasilkan kereta mekanikal. "Pro...

Tips untuk memilih/membeli kereta baru

Gambar hiasan Pengenalan Setiap individu yang ingin membeli kereta pastinya inginkan panduan atau cadangan untuk memilih kereta pertama. Pastinya anda masih berpendapatan rendah atau baru membina kerjaya dan ingin memiliki sebuah kereta mampu milik untuk bergerak. Berikut beberapa tips dalam memilih kereta. 1) Harga Rakyat Malaysia khususnya tentu perlu mengambil kira harga kerana ia mempengaruhi ansuran bulanan mengikut kemampuan dan pendapatan. Disarankan apabila ansuran atau bayaran bulanan yang dipilih, anda masih mempunyai baki sekurang-kurangnya RM1000 selepas menolak hutang-hutang sedia ada termasuk ansuran kereta, ini untuk memastikan anda mampu untuk mengeluarkan wang untuk penyelenggaraan dan kecemasan apabila berlaku, Gambar hiasan 2) Ketahanan Ketahanan kereta perlu diambil bagi mengelakkan anda perlu kerap ke bengkel apabila kenderaan bermasalah. Ketahanan juga bergantung pada cara pemanduan dan penjagaan kenderaan individu, jadi pandulah secara...